Rabu, 31 Mac 2010

PROGRAM DEAR



KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS 2010










MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010






Pn.Zuraida mempengerusikan majlis pelancaran Program NILAM 2010












Belon dilepaskan ke udara dan Banner dikibarkan













Guru Besar memberi sijil sebagai tanda setuju menyertai Program NILAM












Guru Besar diiringi oleh GPK untuk menandatangani Replika Buku NILAM.

JAWATANKUASA PROGRAM NILAM 2010


PENASIHAT : PN. RODZIAH BT. MOHD RAZALI,AMP. (GURU BESAR)

PENGERUSI : EN. MAZLAN B. ISMAIL (GPK PENTADBIRAN)

PENYELARAS NILAM : PN. ZURAIDA BT. MD ISA (GPM)

SETIAUSAHA : PN. WAN SUHAIZA BT. WAN SHAMSUDIN

AJK :

CIK NORUL FARALIZA BT. ABD GANY (PENYELARAS TAHUN 1)
PN. NORBAINI BT. HASAN (PENYELARAS TAHUN 2)
PN. SYAMSINA BT. NOH (PENYELARAS TAHUN 3)
PN. NOOR AZIMAH BT. IDRIS (PENYELARAS TAHUN 4)
PN. YUSMIZAR BT. ABD RAZAK (PENYELARAS TAHUN 5)
PN. NORAINI BT. MOHAMAD NOR (PENYELARAS TAHUN 6)

PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU

1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual.

2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.

3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.

4. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.

5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK AUDIO VISUAL

Disiplin

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik audio visual.
2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik audio visual.
3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik audio visual semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik audio visual di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan bilik audio visual

1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
2. Segala perisian di dalam bilik audio-visual tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.

Pakaian

1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik audio visual.
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik audio visual.


Peringatan:

Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik audio visual.

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

Disiplin

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Perpustakaan

1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

Pakaian

1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.

Peringatan:

Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Perpustakaan.